Saturday, October 23, 2010

ST12


Kau tempat ku mengadu hati
Memberi segala hidup
Dunia dan seisinya
MilikMu
MencintaiMu sejati

Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunanMu
Lihat di langit kesempurnaan hadirMu
Kau cinta pertama dalam hidup

Allahu Akbar Maha Besar
Memujamu begitu indah
Selalu Kau berikan semua
KebesaranMu Tuhan

Monday, October 18, 2010

The day has come

It was the vision
It was the anger
It was the enthusiasm

Me getting out of here
Fighting the failure
Confront the world
Facing the future


For the day has come

Wednesday, July 7, 2010

...27

"Bos, saya nak kena salin baju dulu. Tak selesa." Syed segan. Tersipu-sipu dan berhati-hati, bimbang tersalah laku.

"Oh. Ok. Surau ada tak area ni?"

"Eh, di restroom tu juga. Jom lah."

Lalu mereka beriringan. "Lambat lagi agaknya nak balik diorang tu." Johan cuba mengendurkan ketegangan. Merapatkan jurang.

"Malam minggu ni kalau tak rapat ke pagi tak sah bos."

"Oh." Johan terkelip-kelip, tapak tangan terjelepuk ke dahi. Dia hampir lupa malam ini malam Sabtu.

"Saya mandi sekejap."

"Ok. Mandi cepat, saya tunggu solat sama."

"Err...err." Syed cuma mampu mengangguk. Sebenarnya dalam sehari tidak pernah dia berkira-kira soal solat. Maghrib tadipun di'kantoi'kannya juga. Mahu menolak tawaran kudus itu, dia berasa gerun. Perasaannya agak sukar ditafsir bila matanya meraut wajah yang tersirat seribu satu tafsiran di hadapannya ini. Dingin tetapi hangat. Bagaimanakah itu?

"Awak di bahagian mana Syed?"

"Procurement. Baru enam bulan kerja bos."

Johan mengangguk perlahan. Teh tarik dihirup perlahan. "Tadi kalau tak salah saya awak ada sebut department nak adakan pertandingan futsal."

"Saya dengar kerani-kerani gosip je bos. Tapi katanya tak masuk meeting lagi. Kalau usul ni bos luluskan, jadilah kot." Syed tersenyum lebar.

Johan diam. Mesyuarat yang mana satu Johan tidak pasti. Tapi seingatnya ketikaPA abah laju 'mempersembahkan' jadual minggu depan, dari Isnin sehingga Jumaat, tidak ada sehari pun yang tidak ada mesyuarat. Kenapa lama sangat abah di Filipina?

"Abah dalam setahun dua ni di sana, ummi ikut sekali."

"Lama sangat tu abah. Masalah apanya along tu. Hish..." Johan melempiaskan rasa tidak puas hati. Bukan senang kerja di HQ.

Abah senyap.

"Apa-apa hal telefon abah. Tapi jangan yang remeh temeh pun kau telefon lapor. Agaknya nanti sehari dua tiga kali telefon tanya, apa gunanya CEO lain."

"Kedekut." Johan membidas sinis.

" Hai!? Apa yang kedekut pula."

"Abah takut expenses tinggi, tak larat nak bayar bil."

"Kau yang bagi aku trauma dulu. Tapi jangan semua bangunan dah runtuh baru nak hello."

"Baik bos." Johan ketawa kuat.

"Abah ingat nak bawa Maryam sekali."

"Ish, jangan bah. Intan payung saya tu." Johan resah bila soal itu timbul.

Abah menjeling. Sedaya upaya menimbus peristiwa hitam hasil nukilan anak bongsunya itu. "Hmm... di HQ ni sibuk Han. Kompleks. Jangan diabaikan Maryam tu sudah, kalau tak nanti jadi tak tentu arah macam kau. Macam aku dulu, tak sempat nak tengok anak, di branch tak apa... kerja relek, staf tak ramai. HQ lain." Suaranya tenggelam timbul dicelah kenangan. Seolah menyesali masa lalu. Kenyataannya, Johan membesar di tangan orang lain.

"Thanks abah." Johan senyum, terharu. Tidak ramai abah-abah di dunia sanggup memijak ego demi meminta halal berkenaan amanah kepada anak, abah terkecuali. Johan tunduk mencium tangan, tangan abah yang suatu masa dahulu pernah singgah di pipinya kini membelai ubunnya lembut.

"Aku tau kau kuat, kau bijak. Kau kena lawan dan survive demi Maryam." Pesan abah di bilik mesyuarat yang hening, bergema kuat sehingga saat ini.




Monday, July 5, 2010

Terima kasih

Tak terdaya lagi
Kuharungi hidup ini
Dengan seribu ngeri
Menyakitkan di hati

Tak termampu lagi
Kuratapi nasib diri
Apa yang terjadi kupendam
Hampir mati
sendiri

Mengapa ini harus kutempuhi
Sampai bila kan terhenti
Entah siapa ingin jadi saksi
Hanyalah TUHAN yang mengerti

Maafkan aku
Berpaut di kasihmu
Ku menumpang hanya seketika
Izinkan aku
Sedetik dihatimu
Kerna aku jua manusia

Terima kasih

-Zamani

Tuesday, June 29, 2010

...25

Brek mengejut memberi kesan inersia kepadanya, serentak dengan itu juga memadam kenangan indah musim bunga.

“Wow…” Hamidi menarik nafas lega.

“What?” Johan terpinga-pinga.

“Ada sekor mat rempit nak mampus awal.”

Johan ketawa kecil. “Boleh tahan juga you ni.”

“I ingat you naik roket tak mau turun dah…jauh terbang.”

“Sorry. KL dah banyak berubah.”

“You tak rasa nak kawin lain ke bos.” Hamidi cepat-cepat memancing fokus Johan.

“ Dah ada mem besar sorang kat rumah tu. Queen control tau, nampak je bilis. Lagi pun ada ke orang pandang duda.”

“Duda pun masih remaja. Prince charming, ada harta, ada rupa. Tak usahlah nak merendah diri. Mana ada orang tak pandang, you tu yang sombong sangat. What about Julia?”

Johan berpaling sekilas cuba menangkap maksud di sebalik pertanyaan itu. “Ish, dia bakal tunang you…you ni sengaja nak menangguk di air keruh agaknya Di. Jangan Di.”

“Bukan I saja saja nak menduga, I nak sedapkan hati saja, sekurang-kurangnya I deal dengan orang normal.”

Johan senyum lebar. Rambut yang melurut jatuh ke dahinya dibiarkan saja. “Is it man to man talk?”

“Yes.”

“No hard feeling?”

“No.”

“Apa you fikir I dapat lupakan begitu saja after years of special relationship, plus she is my cousin.”

Bungkam beberapa ketika.

“Tapi you masih ada peluang Johan.”

“I don’t want to create chances. Chance creates troublesome. She never gives me chance anyway.”

“That is because she…”

“She never loves me, the way I am.”

“You wrong.”

“Her love is not up to my expectation.” Suara Johan agak keras. Kejam melontar tuduhan dalam suara yang beku.

Hamidi agak terperanjat apabila dihidangkan dengan kenyataan itu. Bukan agak, tetapi amat. Amat terperanjat.

“Lupakan saja Di, sesuatu yang kita suka itu tak semestinya yang terbaik untuk kita. Mungkin juga I bukan yang terbaik untuk dia.”

“Tapi you tak ada dendam dengan Julia kan?”

“Tak.”

“You still love her kan?”

“In fact, yes.”

“I keliru.”

Johan menepuk bahu Hamidi… “Dia sepupu I Di, dia pernah menjadi tunang I, kad-kad cinta, sms sayang, dan segala kenangan sepasang kekasih pernah kami rasai tapi sayang dia bukan isteri I.”

“Isteri you tentu insan istimewa.”

“Paling istimewa buat I. Walaupun kami hanya bersama selama sekelip mata. Dia ibu kepada anak I, kenapa dia tidak layak untuk menjadi insan istimewa dalam hidup I.”

Dengan itu Hamidi diam. Lelaki di sisinya ini baru berusia 26 tahun tetapi kenapa berbicara seperti keramat. Johan kembali mengintai ke luar jendela. Julia, bukan senang untuk membina nisan kepada sejarah mereka berdua. Bukan senang.

Gema di dewan futsal dengan dentuman hentakan bola, gemerincing geseran kasut serta suara suara manusia yang bersorakan agak mengganggu dialog mereka. Hamidi mencari-cari teman-teman yang lain, Johan hanya menurut. Walaupun dewan itu luas dan berhawa dingin tapi Johan cepat menyedari aturan nafasnya tidak setenang tadi.

“Hoi!” Satu suara nyaring mencuit perhatian Hamidi. Sesaat mereka dikerumuni sekumpulan insan yang sesetengahnya cukup Johan kenal.

“La… Bos.” Budak pejabat abah. Mereka bersalaman. “Ini bos aku.” Dia pula yang beria-ia memperkenalkan kepada yang lain. Johan senyum, membalas salam mereka. Namun Hamidi sedar, Johan kembali menjadi pemerhati kepada suasana. Huluran tangan teman-teman wanita ditolak sopan. “Kitorang di court hujung.” Johan menepuk bahu Syed mesra. Hamidi membiarkan Johan di kelompok itu.

Hamidi sedar kehadiran ahli baru yang hadir bersamanya itu menarik perhatian wanita wanita lincah di arena. Dengan T-shirt biru laut dan jeans lusuh, selipar jepun, lengan yang berurat timbul, jari yang meruncing, wajah tidak berperasaan yang langsung tidak menoleh kiri dan kanan. Johan seperti anak muda biasa yang tidak punya status. Gila. Mata gadis sekarang langsung tidak terjaga.

“Syed, tak payahlah nak jaja I ni bos you.” Johan merapat ke telinga Syed. Berbisik. Syed tersengih-sengih, sebenarnya dia berasa bangga. Seorang budak pejabat di syarikat besar yang amat jarang masuk ke bilik CEO, tiba-tiba berada di sisi anak seorang ahli konglomerat tersohor. Johan ketika di pejabat, hanya terperuk di bilik dan jika menapak keluar, akan diiringi oleh beberapa orang yang berpangkat besar juga. Biah dan Kamilah selalu tidak puas hati dengan CEO muda ini. Banyak yang tidak kena kalau diberi tugasan, tidak reti senyum apatah lagi berterima kasih. Syed cuma tumpang dengar.

“Bos, join lah. Department kitorang nak kena lawan minggu depan.”

“Syed. Wow…sapa ni.” Seseorang menegurnya. “Orang baru.”

“Err.”

“Kawan pejabat.” Johan memintas, menghulur salam. Johan memotong pantas. Jika tidak syed akan teruja untuk menyebut CEO. Syed pucat. Kawan pejabat. Hati Syed mahu meletup, tapi terasa berbunga-bunga. ‘Aku berkawan dengan CEO.’

Monday, June 28, 2010

...24


Seolah-olah Johan diberi peluang untuk meninjau ibu kotanya sendiri, ralit dia memerhati barisan-barisan figura yang melintas laju di luar tingkap. Namun penghayatan kepada keindahan itu tidak lama, fikiran cepat pula mencari Susan dan kenangan lalu. Alangkah dia tidak puas merasai kehangatan belaian Susan.

“You must kiss me ten times a day.” Saat menunggu bas di waktu pagi. Sama-sama mengendong fail dan beg sandang untuk ke kampus.

“Every time you pass your five times prayer, I already did that.” Johan malu-malu, terpaksa menerima natijah kerana berkahwin dengan wanita Eropah yang jauh lebih terbuka.

“I mean real kisses… Like this.” Susan sepantas kilat menyambar tengkuk suaminya, lalu mencari bibir Johan. Setelah beberapa saat, Susan melepaskan pautan dan ketawa riang. “You are blushing.” Susan kedengaran seperti mengejek.

Johan berpaling menjauh.

“Anyway, I like to be your wife. It seems that God has sent me an angel.” Susan bersuara lirih. Seolah-olah dia tahu di hati Johan ketika itu tebal dengan cinta Julia. “Thank you.”

“Come, the bus is here.” Johan pura-pura tidak mendengar luahan lirih itu, tangannya mencari lengan Susan, ditariknya untuk sama-sama berdiri.

“One day I want to go to Malaysia.” Susan membuka bicara setelah mendapat tempat duduk di tengah-tengah perut bas.

“God willing, I don’t want to stay here for good also.” Johan membalas hambar.

“So do I.” Susan tunduk. “My father addicted to alcohol. He killed mom. He wants to kill me too.” Senyuman Susan tawar.

“Sorry.” Johan mencium dahi Susan.

“Thanks. Deep France kisses?”

“No! not here.” Johan mula berasa ngeri.

Susan ketawa kuat. “Okay, okay. Got ya.” Semakin kuat bila menyedari muka Johan kembali merah. Namun tawa itu terhenti saat johan mengeluarkan sesuatu dari dalam failnya.

“DVD?”

“Yes.”

“What’s all about? Ahmad Deedat? Who is he?”

“Of course he is not your father after all.” Johan mencapai fail Susan lalu DVD itu selamat terselit di tengah-tengah lipatan nota.

“Thanks angel.”

“Don’t call me such name.”

“So who are you actually? Bumped into me twice and asked for marriage with this crazy woman, worshipping the dead black dog in the laboratory twelve o’clock midnight.”

“I am your husband.”

“What kind of husband are you. I do not understand.”

Johan diam. Dia mula takut menjadi seorang suami di usia remaja dengan soalan-soalan yang berat dari Susan. Lalu perbualan mereka terhenti di situ.

Sunday, June 27, 2010

...23

“Abah, it would be nicer if I go with you tonight.”

“Hanging out with old men? You might be kidding.” Johan menjeling Maryam serius.

“Teacher said, you not that old. I personally think that the teachers want to seduce you abah.”

“You are jealous little princess.”

“Of course I am…no one can take abah from me.” Suaranya tenggelam timbul berkisar-kisar dengan kunyahan burger buatan nanny.

Johan mengelus rambut Maryam, mengucup ubun-ubunnya. “If you could understand Maryam…” Johan berbisik sendiri. Kasar bahasa Maryam, tetapi keadaan harmoni ini tidak membenarkan dia menyanggah emosi anak tunggalnya, dia perlu berfikir satu contoh yang sesuai supaya Maryam dapat menerima hakikat sebenar bahawa Johan ini bukanlah miliknya yang hak.

Loceng rumah berbunyi. “I should go now baby, don’t forget to sleep early and say good night to nanny.”

“I want to shake hand with your friend.”

“Maryam, I’ve told you it is he not she.”

“Well still I want to see him.”

Johan mengeluh.

Pintu dibuka, Hamidi tersenyum. Nampak berbeza tanpa kacamata.

“Di, this is Maryam. Maryam this is Uncle Di…”

Maryam mencium tangan Hamidi. Senyum tanda puas. Hamidi membalas ikhlas.

“Okay Maryam, take care.” Johan sekali lagi mencium pipi tembam Maryam lalu menutup pintu utama.

Hamidi merenung pakaian kasual Johan.

“Oh, we just lepak-lepak saja aren’t we?” Wajahnya beku seperti selalu, suaranya seperti permukaan tanah yang landai.

“By the way… if we need you… we have spares. No worry. Jom.”

Johan menapak beriringan. Bintang jelas tertabur, tiada awan dan bulan sabit timbul malap. Angin malam sesekali menyapa nyaman. Johan selesa.

Saturday, June 26, 2010

We were not fall for each other at the first place

Wife, do not thank me as I really felt honored to have you beside me.
Wife, do not thank me for your presence is not a burden at all.
Wife, for every moment in my prayers and for every breath I inhale...I pray for your happiness.
HE lent me you just to teach me how to be a man.
Wife, I love you without any reason.
In return, I thank you.


Wednesday, June 9, 2010

...21

Hamidi mengerling jam di pergelangan tangan kiri setelah menyedari kelibat seorang anak muda di seberang jalan. Dia senyum sendiri. Ketepatan lambang keseriusan. Dari jauh Johan seperti seorang teruna yang masih belum kenal hidup. Tiada siapa akan menyangka bakal rakan kongsi itu sudah punya anak berusia lima tahun. Johan serius, dan keseriusan itu mematangkannya sebelum usia.

"Wow, jem teruk. Assalamualaikum." Dari jauh Johan mengangkat tangan. Hamidi bangun membalas salam. Sepatutnya Johan menjadi 'musuh' peribadi dalam soal Julia, tetapi anak muda itu punya daya tersendiri untuk memaut insan-insan yang berkepentingan dalam hidupnya.

"Masih tepat."

Johan ketawa kecil. Sampul surat bersaiz A4 dihempas ke meja lipat empat segi sama. Dia mengibas perlahan kolar baju, membenarkan udara masuk. Peluh masih tidak kering. "Uncle, teh ais satu. You dah order Di?"

"Dah. Itu ke proposalnya." Hamidi memuncungkan mulut kearah sampul surat putih di tengah-tengah meja.

"Yup..." Johan merapatkan sampul itu kepadanya. "You study dulu, if interested kita bincang lagi. I tak masak pasal ladang. I pakai hentam kromo...projek dah jalan tapi kelam kelibut."

"Bapa you punya projek dah tak cukup nyiru nak tadah...ada hati nak tala ke lain." Hamidi membidas tetapi tetap disambut dengan tawa kecil.

"Nampak macam tamak ye tak?" Johan menjampuk nakal. Meja di restoren mamak semakin penuh. Kelihatan Johan agak tidak selesa. "Sebenarnya ada cerita di sebalik kisah kompeni tak ada kelas ni. Abah tak tau lagi pasal ni. Ada masa i cerita nanti. I tak pasti Julia nak involve atau tak. Dia tak dapat datang hari ni kenapa?"

"Apa lagi... kejar date line. Macam you tak tau ex you tu kerjanya last minute."

"Tapi selalu menjadi ye tak?" Dua gelas teh ais disambut sopan. Sebolehnya dia tidak mahu mengganggu konsentrasi Hamidi yang mula membelek helaian pertama proposal sulung syarikat kecilnya. Gelas Hamidi diletak ke tepi.

"Hai Johan!"

"Oh hai..."Johan dipagut debar. Sepasang mata Hamidi terangkat memandang lelaki cina yang separuh beruban. Johan bangun menyambut. Lelaki itu terus menarik kerusi, bersalaman dengan Hamidi dan memesan segelas teh ais juga. " Buat apa kat area ni." Johan tersengih-sengih. Perangai keanakannya muncul saat dia serba salah.

"Rumah i area ni. Lama tak ke Gleneagles...rasa sihat lah tu. Harap I tak mengganggu you all."

"No its okay."

"Doktor kerja di Gleneagles kah?" Hamidi menjampuk. Dia mula merasakan sesuatu dan sesuatu itu menjentik rasa ingin tahunya dalam diam.

"Saya Dr.Lim.Baru 2 tahun di swasta, lepas pencen kerajaan. Sibuk betul orang bisnes ni, sekali sekala tak payah la fikir kerja, releks, inikan lepas waktu pejabat..."

Hamidi ketawa kecil. "Tak ada sibuk benar pun doktor. Kami borak borak ringan saja."

"Oh...Medical report you dah keluar, esok hopefully you boleh drop by dekat office I. Ada something yang I kena discuss dengan you. Oh God... watch out your diet." Dahi doktor tua itu berkerut melihat teh ais yang hampir kontang dalam gelas saiz besar.

Johan mengangkat ke dua belah tangan, menyerah kalah serta berdoa agar isu itu tidak diperpanjangkan. "Oh...anak doktor dari Jepun khabarnya dah balik..."

Dan ketegangan pada wajah doktor itu mula kendur, diganti dengan senyuman nipis. " Balik dengan cucu sulung." Lalu dia bercerita soal cucu sulung yang lahir diperkampungan Jepun itu. Johan pun menarik nafas lega. Segalanya diperhatikan Hamidi. Hamidi juga menarik nafas, dalam dan panjang. Bekas tunang Julia ini, agak misteri.

Wednesday, May 12, 2010

unspokenable memorable memoria

Thank you for being my friend

Thank you for u made me so special

Thank you for the memories that lay behind

Thank you for the sweet lie

That aching me for years

and for the truth that early spoken out thru you

Neither me fire the anger nor the abhorrence

Coz love has spread its magic
So hatred not exist 
But the bursting tears
when the creepy loneliest 
space came around
really i dont know why

11.59 pm, May 15th 2009

His love has been buried in the bottom of the heart

And the tomb I made from diamond past

Will be there until my last

Yet the friendship will remain

with love's golden dust in the air

Bottom me is the tomb

But the magic is everywhere

Malaysia.

Saturday, April 24, 2010

That is why i love them.




Pics was from Shariza Abdullah... nice shoot. Proven that the beauty is everywhere... around us, within us, inside us, before us. Let us appreciate every little thing, and be grateful.

Tuesday, April 20, 2010

tiao cruz

Woah Woah

Now listen to me baby
Before I love and leave ya
They call me heart breaker
I don't wanna deceive ya

If you fall for me
I'm not easy to please
Imma tear you apart
Told you from the start,
Baby from the start.

I'm only gonna break break ya break break ya heart. (x4)

Woah Woah

Theres no point tryin to hide it
No point trying to evade it
I know I gotta problem
By doin misbehavin


If you fall for me
I'm not easy to please
Imma tear you apart
Told you from the start,
Baby from the start.

I'm only gonna break break ya break break ya heart. (x4)

Woah woah

Ha
And I know karmas gonna get
Me back for being so cold.
Like a big bad wolf im born
To be bad an bad to the bone.
If you fall for me
Imma gonna tear you apart
Told you from the start

I'm only gonna break break ya break break ya heart. (x4)

Woah woah


So the lyrics is a confession of one man... but he is so true, and bad wolf is better than liar. Honesty is the best policy.

Sunday, March 28, 2010

...18

Kerja gila. Selalunya kerja-kerja begini memakan diri, dan Johan sedang mengalaminya.

"Dani, bila kau boleh arrange meeting untuk department kau."

"Esok?" Dani menjawab pantas dari hujung talian.

"InsyaAllah. pukul berapa?"

"Sepuluh?"

"Sekejap." Butang 1 ditekan menyambung talian kepada Emi. " Emi, esok pukul 10 saya di mana?"

"Ada janji dengan Hamidi."

Johan termenung seketika. " Hold on Emi." Dia melekapkan semula telefon bimbitnya ke telinga. "Bro, selain pukul 10?"

"Jadual aku full."

"Oh. Sekejap Dani." Talian yang berstatus 'hold' di lepaskan. "Emi, you call Hamidi, arrange another appointment. Saya ada urgent meeting esok."

Dan kepada Dani. " InsyaAllah, pukul 10."

Semua talian dimatikan. Mata kembali menyorot 3 proposal di atas mejanya. Semasa pen pilot dicengkam baru Johan sedar yang jarinya sedikit menggeletar. Waktu pejabat tamat tetapi kerja tidak pula surut. Dada Johan sesak. Telefon bimbit dicapai semula.

"Assalamualaikum darling. Have you eaten today?"

Senyum Johan meleret semula. Suara Maryam yang rancak berceloteh kedengaran seperti buluh perindu. Lelahnya hilang.

"Do you miss abah?"

"Sure abah. Abah sounds tired." Suara itu bergemerincing di hujung talian.

"A bit. Maryam cepat besar then you can help abah okey."

"Yes abah."

Telefon pejabat sekali lagi berdering.

"Look Maryam, abah hang up first. I get back to you tonight. Bye."

Tidak menunggu respon Maryam, Johan matikan telefon. "Hello, oh Hamidi..yes?"

Cadangan Hamidi untuk singgah di pejabat pada lewat petang ini agak menggusarkan. Dari awal subuh tadi dia cuma hidup dengan kudrat secawan kopi pekat kurang gula.

"Macamana bos?"

"You di mana sekarang ni?"

"15 minit lagi i sampai."

"Hmm, i tunggu."

Ruang pejabat kembali dicengkam sunyi.

Wednesday, March 17, 2010


Terima kasih wahai Tuhanku, yang sentiasa melimpahkan rahmatNya, membenarkan aku menghadapmu Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Untuk bercakap dengan Mu Tuhan, mengizinkan kuminta padaMu, memuja memuji sepenuh hatiku memohon munajat pada Mu ya Robbi.

Tapi aku khuatir ketika menghadapMu, tidak pula pandai beradab denganMu, aku mula bimbang, kalau aku derhaka, dalam ketaatan bukan rahmat dariMu yang kudapat...


Monday, March 8, 2010

...17

"Abah make sure hitam putih tau bah."

"Kau ni nak bertunang ke kawin. Tak menyempat nyempat. Belajar elok-elok kat sana, tau lah orang tua di sini ejas."

Tak habis telefon abah, dia dail semula nombor Julia. "Ayah, Julia ada yah..."

"Sudah la tu... lewat malam ni." Bekas bakal mentuanya menjawab dalam tawa. "Julia tu esok nak kena turun pagi. Ayah nak kena ke laut."

"Ok lah... rindunya nak turun laut."

"Lepas ni nak ke laut hari-hari pun tak ada siapa nak larang. Kau tu kat tempat orang jaga diri elok-elok. Cepat habis cepat boleh balik. Dah, ayah nak tidur ni. Julia tu nanti ayah kirimkan salam je."

"Kirim yang special sikit ayah. Tak mau yang biasa biasa."

Ayah ketawa. "Penat aku ikut darah muda kamu."

Teringatkan Julia, Johan masih mampu bertahan namun bila memori mengimbas wajah arwah ayah Johan mengalah. Dia bencikan kenangan bersama Julia, kerana dia terlalu lemah untuk tidak menangis. Dari kecil dia membesar dengan Julia, makan sepinggan, dari tangan ibu yang sama.

Johan tunggu Julia pulang dari tadika Kemas, lepas makan mereka dipaksa tidur tengahari, berkongsi bantal busuk. Main ting-ting sama-sama, Julia ke dapur Johan ke dapur. Julia ke jeti, Johan ke jeti. Ayah cuma menggeleng kepala.

Semuanya menghiris. Darah mengalir sehingga ke hari ini.

Sebagai penamat antara kisah hidupnya dan Julia, ayah menghadiahkan pelukan erat padanya, Ayah menerima dia, seadanya dia. Bukan seperti abah, yang menyinga dan hampir pitam kerana serangan jantungnya. "Kau ni aku dah agak... aku dah agak dah...kau ingat hal ni main-main ke? Banyak dah habis. Tempah sana sini. Malu aku tau tak?!" Tak puas berdiri dia duduk. Sudah dua gelas air kosong diteguknya. "Kenapa tiba-tiba nak putuskan pula ni. Cakap!" Buku lima menghempas meja, gelas kosong tumbang berdecing. Johan tunduk.

Namun ayah dengan sabar bangun memaut bahunya. Ayah memeluk Johan, tidak bersuara. Siapa bapanya ketika itu Johan menjadi keliru. Walaubagaimana pun Johan membalas pelukan itu erat, kemas dan air matanya mula gugur.

"Sudah la tu Din..." Johan masih dipeluknya.

"Sudah apanya Li...kau tak tengok ke Julia macamana. Aku malu tau tak dengan kamu berdua. Jangan nak dibela-bela anak tak kenang budi ni."

"Din. Dia dengan aku dari kecik. Julia anak aku, dia pun anak aku. Sudah."

Suara ayah segar sehingga kini. Johan sesak.

"Abah. You crying."

"No i am not. This is high fever, very high fever, too hot inside ...so that the tears come out. See my nose redden."

"Owh..."








Thursday, March 4, 2010

both unbeatable

He keeps me in his heart.
Doesn't he?

She lives in her past.
Doesn't she?

Time flies
Life Goes on
Memory remains

Smiles and cries
for the pass can not be rewind
yet faith comes with uncertainty

...16


Dia cuma menghirup sedikit susu segar dan berkongsi 'coco crunch' dengan Maryam. Maryam sudah hilang, bertemu kawan baru ketika membeli sarapan untuk mereka berdua.

"Awak ada berapa kompeni Johan. Sana sini asyik awak yang saya jumpa."

"Satu saja. Masa awak bersama Hamidi tempoh hari, tu company abah. Yang ni company saya. Baru nak belajar." Cuaca panas tapi sejuk terasa ke tulang sum sum.

"Bisnes ok?"

"Kompeni bilis ni nak kata ok tu tak adalah Aya. Masuk tender besar jarang nak lepas."

Julia menggigit bibir. 'Aya' hanya termaktub dalam kitab sejarah mereka selama 7 tahun tapi Johan cukup tidak berperasaan ketika menuturkannya. Apa Johan pernah dilanggar lorikah semasa di luar negara? Julia bingung, geram. Sorotan matanya terbiar ke laut lepas.

"Julia, saya yang tak sihat atau awak yang tak sihat." Johan suaranya naik satu oktaf, memanggil Julia kembali ke alam nyata.

"Sorry. Ombak reminds me about one thing. Aya and ombak."

"You do live well, don't you?"

Julia tunduk. Dia tidak pernah menangis di hadapan lelaki ini. Hari ini juga, Julia sekali-kali tidak akan.

"You do pray for me, don't you?" Julia membalas seadanya, dia mendongak seraya menghadiahkan sebuah senyuman, tidak ikhlas.

"Saya ada alasan Aya."

"Alasan about what."

"Tentang kita."

"Well, every single thing happens to has its own reason. we live by reasons Han."

"You win, like always."

"No i do not. I lose at the end. Maryam's Mommy wins."

Mereka senyum. Entah ikhlas atau tidak.

"Both of you win."

"Lelaki."

Johan ketawa. Senyum Julia yang pada mulanya semakin pudar kembali meleret.

"Yup, lelaki." Johan mengakui. Lelaki itu mengalihkan pandangan kepada Maryam ketika menyedari mata Julia yang semakin tebal berkaca.

...15

"Ok, saya cuba seringkas mungkin." Dari hujung mata Julia, dia mencuri pandang gerak tangan Johan yang sedang menyarung cermin mata, sekarang sudah 'stylo'. Kemudian tangan itu juga mengurut-ngurut pelipis keningnya. Barangkali cuba untuk fokus.

Pintu kaca ditutup kemas, untuk mengelakkan kertas-kertas diterbangkan angin. Baru Julia sedar, kabinet dan meja bersepah dengan kertas dan komputer riba terpasang di atas lantai beralas permaidani nipis resort ini.

"Sorry, I let Maryam guna laptop while i was doing my work last night."

"Maryam tak tidur?" Julia agak terkejut. Johan kaget.

"Meaning, err yes. No, dia tidur tapi tidak lena. My fault...anyway mana sebut harga tu?"

"Oh." Dia sudah tenggelam dengan dirinya sendiri. Julia kelam kabut. "Setiap item ada lampiran sebut harga di belakang. Chopper kami ada dua saranan, samada buatan Jepun atau US. Dalam fail tu, ada 5 item yang Han minta beserta spec dan harga."

"Thanks." Johan seperti cuba mengawal tangannya supaya tidak terlalu gementar. Sekejap sekejap dia beralih posisi. Dia membelek satu persatu. "Saya minta maaf lah Julia kalau awak rasa tak selesa. kalau setakat kita berdua tak perlu susah-susah kita fly. Sebenarnya, plan asalnya saya nak Julia brief kepada orang yang bertanggungjawab urus site. Biar mereka puas hati sebab mesin-mesin ni semua mereka yang akan guna." Johan berhenti di situ, cuba mengawal nafas yang semakin tidak teratur.

"Awak ok?" Julia bertanya balas. Maryam sibuk dengan rancangan televisyen, di tangannya roti bakar mentega madu.

"Julia tunggu saya di cafe please. I think I need refreshment. Boleh bawa Maryam sekali?"

"Oh..." Bawa Maryam? Tuhan... 7 tahun itu seperti tidak wujud. Johan ingat Julia tidak punya hati mungkin? Dalam diam dia memberontak, namun begitu dia akur.

Johan cepat-cepat menutup pintu, lantas menghumbankan tubuhnya ke atas katil bercadar putih. "God...help me please..." Kepala bagai mahu pecah, perut masuk angin. Dan Maryam tiada pengasuh di sini. Tengahari pula dia perlu ke tapak yang mengambil masa kira-kira 2 jam dari tempat penginapan. Suhu badannya naik ke 39 celcius. Dan Julia, Julia terpaksa berbincang dengannya dalam keadaan begini!





Wednesday, March 3, 2010

...14

-204, En. Johan.

Di sana Johan, di sini Johan. Budak Pejabat Johan juga. Jiran rumah sebelah pun Johan. Mana mahu lari. Perkataan itu sinonim sungguh dengan kehidupannya. Tak ada pula nama Hamidi merata-rata. Sekurang-kurangnya sebagai pencucuh semangat untuk belajar menyayangi lelaki itu.

Kaki melekat tepat di hadapan pintu bilik. Sebelum pintu diketuk dia meneliti semula dokumen yang terkepit dilengannya.

"Aunty." Suara halus dari bawah menyentak konsentrasi Julia. Julia memandang tepat anak itu. Muka Julia berubah.

"204?"

"Yes. Come in please." Tangannya menjinjing sarapan pagi.

Daun pintu ditolak Maryam. Kaki terpaku keras di situ. "Masuklah aunty. Abah dalam bilik air." Tangan mula sejuk. Dalam beribu-ribu Johan, Johan ini paling di'takuti' Julia.

"Tak elok. Pesan aunty tunggu dekat kolam."

"Wait a second."

Sebentar kemudian anak itu keluar. "Abah said it's ok you come in, Maryam won't go anywhere. Abah vomits all night long, he can't help himself going outside." Suaranya kedengaran amat mendayu.

"Oh." Kakinya mula menapak. Kenapa dia tidak batalkan saja? aish...

Maryam menyelak tirai pintu kaca...debur ombak mengiringi debaran hati Julia. Sungguh dia tidak bersedia untuk pertemuan kali ini. Tidak seperti ketika sesi pembentangan kertas kerja dahulu. Sungguh dia tidak tahu Johan ini, Johannya.

Bunyi air masih kedengaran, Maryam senyum comel lalu bergerak ke arah bilik air. "Abah, you vomit again? Your friend is here."

"One minute."

Julia menarik nafas dalam. Pintu terbuka, hati Julia tersentap.

Maryam memeluk lengan Johan, yang kelihatan amat terhidrat. " Excuse me." Suara lelaki itu menggeletar dan agak garau. Julia bungkam, wajahnya pucat sepucat Johan. "Duduklah Julia. I'm sorry you have to see me like this."

Julia duduk. Seperti telah diprogram Johan. Maryam pula seperti memahami kerja bapanya mula mengasingkan diri, memanjat katil bersaiz 'queen' dan menghala alat kawalan jauh ke arah televisyen.

"Do you have your breakfast Maryam."

"Not yet."

"Please do, it's okay without me honey. I have a small discussion with aunty. Maryam salam aunty tak tadi? "

Maryam menggeleng.

"Salam first."

Maryam menurut.

Julia memerhati segala. Mata terasa panas, dia mengerlip beberapa kali. Kemudian satu senyuman diukir kepada Maryam.






Tuesday, March 2, 2010

...13

Wah...ombak itu!

Hati Julia dipagut sayu. Ombak itu... laut itu...tidak berubah. Kenapa hati lelaki itu tidak seperti laut di hadapannya?

"Astaghfirullahal Azim." Julia beristighfar. Hati manusia milik Tuhan.

"Apa cik?"

"Tak ada apa. Terima kasih. Dalam masa sejam lagi, pak cik datang tau. Saya lewat pun pakcik kena tunggu. Kalau tak saya jalan kaki balik hotel."

"Ya, ya...Jangan bimbang." Pakcik teksi ketawa kecil.

Julia senyum nakal. Hati dikuatkan, ombak diabaikan. "Kerja Julia. Kerja."

...12

Julia sedang menghadap sarapan paginya ketika telefon berbunyi. Segalanya siap untuk ke Balai Raya, dokumen penting ialah senarai sebut harga dan spesifikasi produk yang diwakilinya.

"Ya encik, kereta dah siap?"

Mendengar penerangan panjang lebar melalui telefon banyak menjejaskan tumpuan terhadap nasi dagang istimewa Sri Malaysia. "Oh... tapi tengahari saya ada program di Kuala Terengganu."

Empunya suara di hujung talian menjelaskan semula untuk kali kedua disertakan dengan ucapan maaf, juga rayuan. Julia menguis-nguis butiran nasi seakan pulut. Dia rindu nasi dagang... dan kenangan.

"Minta tolong la cik Julia. Minta tunda program tengahari. Harapan orang kampung kita ni tinggi."

Julia menelan kunyahan terakhir. "Oklah, saya cuba ke sana. Tapi masih perlukan kereta."

Tertanya-tanya perihal tauke yang bertanggungjawab atas periuk nasi penduduk kampung itu. Begitu tinggi harapan mereka. Langsung tidak boleh ditunda-tunda. Teruk sangatkah sakitnya hingga terpaksa meruntuhkan harapan warga jawatankuasa kampung itu. Julia senyum nipis, elok juga dipercepatkan, syarikat tempat dia bekerja juga menaruh harapan tinggi kepada hasil pertemuan hari ini.

Cepat-cepat dia menghabiskan sisa nasi dagang. Langkahnya terus ke ruang lobi Hotel Sri Malaysia.




...11


"What are you doing here."

Johan terkejut. Kepalanya terhantuk tiang tangga. Hingar bunyi-bunyian keras dari bawah sayup kedengaran dari tempat 'ibadat'nya ini. Atas sebuah loteng stor simpanan barang lama kolejnya.

"And you. What are you doing here." Johan mengeraskan suara. Menguatkan semangat. Loteng ini gelap. Ada sebuah jendela cermin yang tertutup bersaiz 120 cm x 120 cm, namun jumlah cahaya yang menerobos masuk tidak cukup untuk menghilangkan suasanan gelap loteng itu. Dari jendela itu, susunan pokok yang hanya tinggal ranting beralaskan dedaunan warna oren kelihatan amat indah. Kalau tidak kerana curi-curi masuk ke ruangan ini dan menghendap keluar ke laman itu, mungkin selamanya dia tidak akan sedar betapa harmoninya kolej tua 'kesayangan' ayahanda dan alam sekitarnya.

Susan, rakan sekelas yang suka berimej 'gothic' terpacak keras di hadapannya. Bibir hitam, keliling mata hitam, anting-anting di hidung dan bibir. Rambut perang dicat hitam. Stokin panjang petak-petak dam, kasut, baju, skirt paras paha, semua hitam. "This is my place. Now get out. You nerd." Gadis itu menjeling dengan ekor mata yang tebal bercalit celak. Tak ubah macam hantu.

Johan merengus geram. Berseriau juga bila teringat peristiwa melihat Susan memuja kepala binatang dalam makmal kolej semasa malam dia tertinggal kaca matanya.

Johan ke tingkat bawah, suasana liar begini merimaskan. Manusia dari asia hanya lima orang. termasuk dia. Mata Johan melingas mencari teman namun tidak kelihatan. Semua terkinja-kinja mengikut rentak muzik. Tidak lama, dia sudah berada di luar kawasan kolej.

"Abah! Now your turn."

Lamunan terputus begitu sahaja. Maryam sudah comel berpakaian dan dia masih berbalut baju siang tadi.

"Abah rindu mommy?"

Johan senyum.

...10

Perjalanan yang panjang tidak memberi kesan kepada Maryam. Dia membiarkan Maryam meneroka bilik barunya. Kaca mata diletak bersebelahan katil dan dia merebahkan diri. Berehat untuk beberapa minit sebelum komputer ribanya kembali berfungsi.

"Maryam mandi first." Dia mengarah.

"Wait abah, please."

"No. No. Now."

Maryam muncung. Alat kawalan jauh televisyen masih dalam genggaman.

"You waste your time Maryam. Get your clothes. Maghrib already." Johan serius.

Langkah malas Maryam menuju ke arah bagasi, "Pyjamas?"

"We will dine at eight."

Maryam memasukkan kembali baju tidurnya. Sepasang baju lengan panjang Kiki Lala di keluarkan. Dia membuntuti Johan.

Mata ralit memandang abah melaraskan suhu air. Kemudian membuka sabun dan syampu untuk anak perempuannya. "How old were you when you married mom."

"20. Why?"

"Abah don't have wrinkle. Nini's papa got many wrinkles abah."

Johan ketawa besar. Maryam racun, Maryam juga penawar. Ikutkan tubuh yang sudah lunyai harus dia membebel seperti mak nenek. Banyak kerja yang tertangguh, banyak masalah yang minta 'dibelai', otak seperti sudah menggunakan separuh dari tenaga yang diperlukan tubuh. Tapi Maryam, apalah anak kecil itu tahu. Maryam permata hatinya. Lebih dari segalanya. Lebih dari Julia. Julia?


...9

Merengek-rengek Maryam minta bilik menghadap laut. Johan menarik nafas panjang, lalu melepaskannya perlahan, cuba untuk bersabar dengan kerenah anak tunggalnya. Semenjak anak itu tahu abahnya terpaksa kerja luar daerah, rengekannya hampir setiap hari. Senarai permintaan ditulis gaya tangan kecilnya, ditampal di hadapan skrin monitor.

Laut. Deru ombaknya memanggil-manggil memori itu kembali. Desir bayunya sentiasa bersenandung irama indah musim dahulu. Semua itu ingin dielak Johan, irama indah itu akan sumbang jika dilagukan pada musim ini. Walau pun laut itu laut yang sama, dan dia Johan yang sama, Julia juga Julia yang sama, tetapi zaman silih berselisih. Sekarang dia kepunyaan Maryam dan Julia entah milik siapa. Hamidi? Ah... Fikirannya tangkas menyanggah.

Seperti hakikat Julia milik insan lain masih tidak dapat dia terima. Hati...redalah apa yang terjadi. Tolonglah lepaskan Julia. Tolonglah...

Terasa bajunya ditarik-tarik. "What Maryam? Oh... Sorry." Penyambut tetamu senyum nipis. Johan berlagak biasa, cuba untuk tidak berasa malu. Pen yang terhulur disambut, dia menandatangan ringkas buku log Sutra Beach Resort. Maryam mengambil kunci.

"We got 204. Is it facing laut abah? I pray so."

"Kenapa tak request dengan kakak tadi."

"Abah suppose to request. Maryam kecil lagi."

"Maryam may be small but you dah besar actually. Maryam kan nak jaga abah. Abah proud with Maryam if you can be a big girl in heart."

Maryam senyum bangga mendapat pujian. Langkahnya laju-laju. Kadang-kadang nampak seperti menari.

Johan senyum. "Wrong path! This way honey..."










Monday, March 1, 2010

My memory


Memori bahaya. Boleh menjunam ke neraka. Tapi tidak terpadamkan.


The last time i dumped you from my memory, it was hard. I buried your words and smiles heartlessly. I was cruel but you were the cruelest. You let me in.







Wednesday, February 24, 2010

Begitulah kita

Menjadi seorang yang berimpian selalunya meletihkan.
Namun berimpian mengisi tiap ruang waktu dengan harapan-harapan baru.
Walau jatuh tak terngadah, kudrat tetap ada untuk bangun berdiri, kerana impian.

Impian insan yang berada di depan skrin ini amatlah tinggi, terlalu tinggi untuk jatuh. Ngeri. Tapi untuk memanjat ke atas terasa sudah penat. Benarkan dia berehat. Benarkanlah dia menggubah kembali impiannya.

Kerana takdir tidak selamanya sekata. Sudah tinggi dia memanjat, tapi dia lupa semakin tinggi ke atas tekanan semakin rendah, udara semakin kurang. Takdir dia di atas tidak lagi sama ketika di bawah. Di atas , dalam berimpian dia harus menjadi seorang survival. Menongkah tekanan luar kebiasaan dan persekitaran baru. Sekarang, dia bukan lagi sekadar berimpian, tetapi seorang survival dalam menjelmakan impiannya.

Tuesday, February 23, 2010

...8

Muka berminyak di alas dengan sedikit bedak bayi. Bibir yang kering ditoreh pelembab. Yakin dengan letak duduk tudung di kepala, Julia menyangkut beg komputer riba ke bahu, dan kembali menyusur ke ruang lobi.

Dia mencari-cari ruang kosong untuk berlabuh sebelum ke bilik menunggu. Dalam keramaian dan hiruk pikuk itu, Julia menyorot susuk tubuh yang kecil dengan rambut panjang bertoncang sambil memeluk 'gumpalan' kain telekungnya, mata melilau kiri dan kanan, rambut halusnya menari mengikut rentak tuan.

Rolex di lengan kiri Julia toleh seketika, hampir 20 minit anak itu sendirian. Mungkin. Niat Julia untuk mendekat terhenti tika melihat seorang lelaki meluru ke arah tubuh kecil itu. Zup!! Darah Julia tiba-tiba menjadi kering.

Kain telekung anak itu diraih lembut oleh tangan seorang lelaki, mereka menghampiri sebuah kerusi yang baru sahaja dikosongkan sepasang orang tua warga eropah.

Johan. Tanpa disedari Julia mendekat ke arah mereka. Fikiran puas melarang tetapi hatinya degil. Pun begitu, kaki akhirnya terpaku kemas beberapa ela dari tempat duduk mereka. Julia cepat berpaling membelakangi. Tegak. Kaku. Pucat. Jantungnya mengepam darah dengan laju, dengan payah. Tangannya gementar.

"Kenapa tak lipat elok-elok. Malu tau orang tengok anak perempuan tak pandai lipat kain."

"Maryam nak cepat la abah. You scold me then if Maryam lewat." Nada anak kecil itu berlagu manja.

"Oklah, oklah i'm sorry. I just met one guy back there."

Bunyi kain telekung dikibas-kibas kuat. Tenaga Johan.

"You always like that abah...I am a girl you know, sitting here alone. If someone flirting me, it's dengerous abah..."

Johan ketawa penuh kasih. Julia mahu pengsan.

"Yes, big girl. Good la if someone flirting you. Flirting konon..."

"No, am only five years old."

"Yes, only-five-years-old-big- girl."

"Abah!..."

"Ok..ok..I'm sorry. Next time i wait in ladies surau with Maryam. Come on, pack it fast or else we never reach anywhere."

"Yes sir. Next month we will fly to Moms hometown ya abah?"

"God willing us."

"Atuk nenek ikut sama?"

"Hmm... only us. Sounds romantic isn't it?"

"Yeah... But last time we went during winter."

"Mommy can't wait till winter. Jom jom jom hurry."

Kedengaran Maryam berlari menjauh. Kedengaran juga Johan melangkah cepat. "Abah i want that ice cream...i want i want." Suara anak itu juga seperti pedang. Tusukan kali ini ke tempat yang sama. Mengalirkan 'darah' yang sama. Tetapi lebih dalam.

Seluruh sendi Julia lemah dan lumpuh.




...7

" I ke sana dalam seminggu, apa-apa hal call i tau Di."

"Jaga diri. Betul dah tak ada yang tinggal?"

"Yup."

"Ye lah tu."

Julia senyum lebar. "Terima kasih hantar i."

"Hai, terima kasih saja."

"Ye lah, balik ni i belanja awak makan."

"Deal."

"Tak ikhlas langsung."

Hamidi ketawa. "I tak tunggu ni, nak kena naik suruhanjaya."

"No problem."

Julia menghantar pemergian Hamidi dengan ekor mata. Tidak lama. LCCT kelihatan berkilau dipancar cahaya matahari. Pokok-pokok berkanopi masih kecil, daun amat jarang menampakkan dahan-dahan dan julai-julai kering. Tempat parkir bertar menaikkan lagi suhu yang sedia ada panas.

Pandangannya silau. Badan mula melekit, kulit mula memerah . Cepat-cepat Julia menarik bagasi saiz kecil menuju ke ruang lobi yang berhawa dingin. Tidak berhenti di situ, dia mara terus ke surau. Berehat sambil menunggu masa berlepas.

Usai jamak taqdim, usai salam terakhir, usai berdoa ringkas, bahunya disentuh halus. Julia tergamam. Entah dari mana seorang kanak-kanak comel bertelekung penuh menghulurkan salam. Julia menyambut. Sejadah kecil anak itu di sebelah kanan Julia sedikit terkebawah.

"Oh, adik berjemaah tadi?"

Anak kecil itu mengangguk dan senyum. Julia senyum.

"Lain kali cuit bahu imam dulu, jadi imam boleh ubah niat."

"Abah tak ajar lagi yang tu."

Julia ketawa kecil. Dia cuma memerhati anak itu melipat kalut kain telekungnya, digumpal-gumpal sahaja. Kemudian dibungkus dengan sejadah kecil.

"Bye. Makcik." Dia berlari-lari menuju ke pintu.

Monday, February 22, 2010

...6


Sepasang air matanya menitik.

Skrin komputer kelihatan berbalam-balam. Hiruk pikuk teman serumah kedengaran semakin menghalus. Julia semakin tenggelam ke dunia yang lain.

Tangan halus yang sedang memetik papan kekunci pernah sekali singgah di pipi seorang lelaki. Tangan kecil itu terasa amat ringan tetapi bertenaga, melayang terus ke pipi dia. Johan tidak memberi respon, seakan merelakan tindakan luar dugaan wanita itu untuk yang ke dua kali. Namun sebaliknya, Julia berpaling, melangkah serta menjauh, kelihatan gagah. Langkahnya gagah.

"Kita putuskan saja." Ringan lidah Johan bertutur, ringan itulah juga tangan kecil Julia.

7 tahun. 7 tahun yang bahagia. Sehari sebelum hari hitam itu hati Julia sesak dengan bunga, diracuni haruman rindu. Keterujaan rindu itu menerjah petala. Empat tahun tidak bersua, dipisahkan benua dan lautan pasifik. Lalu pertemuan pertama Julia diterjah dengan sepotong ayat ringkas.

Patah ayat keramat lelaki itu teramat ganjil. Kenapa? Kerana apa? Janganlah alasan tidak ada jodoh diomokkan pada saat musim bahagia ini. Segala persiapan ke persada pelamin sudah siap segala, lalu tiba-tiba sepotong ayat berbentuk pedang menghancurkan semua.

Bila ayah tanya, Jawapannya amat jujur tidak berlapik; Han sudah ada isteri di sana.

Kenapa Johan perlu begitu. Hati Julia ditikam dua kali.

Sepasang lagi air matanya tumpah. Dan sepasang lagi. Sepasang lagi. Lalu menjadi juraian-juraian gugur ke permukaan meja.

Laporan yang hampir siap dibiarkan terpampang di dada skrin. Longlai Julia merebahkan diri ke katil bujang. Umur menghampiri 30, bayang Johan tidak padam-padam, puas ditimbus tidak juga terbenam. Johan seperti tidak merelakan lelaki lain menyentuh 'perempuannya'. Julia benci Johan . Tujuh tahun itu cinta pertamanya. Tulah cinta pertama amat berbisa. Ah, Johan meninggalkan saka di hati rapuh Julia. Tuhan...tolong Julia...Tuhan...tolong Julia... Julia merintih kepada DIA...dalam deru air mata, lena Julia akhirnya, lena kerana keletihan berperang dengan nafsu perasaan.

Tuhan, kasihanilah Hamidi.





Sunday, February 21, 2010

...5


Seringkali kita terpaksa melupakan kenangan. Bukan kerana ia pahit tetapi kerana ia terlalu manis untuk di telan pada masa ini. Manis sehinggakan air mata si perindu ini mengalir tanpa dipaksa-paksa.

Kerana manisnya ia, alur darah menjadi pekat, nafas semakin memberat, kaki menjadi lemah...otak membeku...dada sendat bergelora...

Manisnya membawa padah...

Wednesday, February 17, 2010

To those who has experienced 1st love...


Kita selalu di batasi
realiti dan fantasi
kisah cinta bersemi
Bersama berilusi

di situlah kita
mengenal ertinya budi
kasih sayang insani
dan peribadi

Pada detik yang ngeri
yang pernah termimpi
ku dibaluti sepi
kenangan membara lagi
meracuni hati yang
keterlanjuran

Baru kini ku akui
Kau masih milikku lagi
Dan terus bersemadi
Hingga akhir nanti...

Monday, February 15, 2010


Ralit aku berjalan
Tamak apa yang di depan
Kendong yang aku galas
Tidak sedar keciciran

Seperti Pandir aku
Berlari ke hulu
Kejar bayang
Yang tiada tuan

Seperti Kadok aku
Gelanggang judi belum tutup
aku sudah terkinja

Jika aku jadi Luncai
Jangan labu jangan
Jangan terjun bersamaku
bahaya!

Namun tetap
Pandir pun akulah
Kadok pun akulah
Luncai pun akulah

Apalah yang ada di hulu sana
Terkejar-kejar aku ini
Dengan kendong yang rabak
Sedikit-sedikit bebannya tercicir

Berhenti aku
Berhenti!

Kutip balik ia
Penting aku
Penting!

Itu buah tanggungjawab
yang bakal aku hadap bersama
di hadapan TUHAN

...4

Putung rokok ditala tepat ke muka Johan. Kertas fax dikibas-kibas ke badan gempalnya. Asap yang berkepul-kepul menyesakkan rongga torak Johan.

"Engkau nak aku mati cepat ke beb. Kalau macam ni otak aku cepat degrade." Johan lemas.

Dani tersengih. Rokok separuh putung dia tenyeh ke tanah. "Hah, aku rasa esok kena meeting. Orang kampung dah telefon tanya bila nak turun."

Johan menggaru pipi. Bayangan Julia hilang serta-merta. Kertas sehelai yang difaks kepada Dani direnung lama. "Esok aku ada hal. Petang aku tak pasti. Nanti aku minta Ayuni telefon Man, tengok kes ni macamana."

"Aku dah kata dulu susah jadi third party."

Sungutan Dani diabaikan. Tak guna bertegang leher, perkara dah jadi. "Beginilah... kita bincang esok, tanya Man...pihak tu dah langgar kontrak. Is it ok to sue them or not, kau discuss elok-elok. Lepas setel hal aku esok, aku fly ke tapak serai tu. Jumpa orang sana. Kontrak kita dengan orang kampung jangan bagi ada masalah."

"Habis, nak longgok serai tu belakang rumah kau?"

"Kita habiskan satu satu... kalau semua nak pikir sekali harung, memang la complicated...dah, telefon Man esok, tanya bila dia free kita bincang. Sebelum hujung bulan ni kita tengok macamana."

"Aku dah minta Ju carikan market... ASAP."

"Good."

"Aku akan call company tu, bincang lagi sekali." Dani memetakan idea-idea rambangnya
secara verbal.

"Good."

"Kau fly ke sana. Confront dengan peladang."

"Yap."

"Han, what do you want to expect from all these..."

"Work the things out first, I want to hear from Man point of view... But the payment must be cleared on time. Aku maksudkan orang kampung tu. Kita masih ada kontrak dengan mereka 2 tahun."

"Mana nak korek duit."

"Let me handle about the duit thing. Jangan bagi staf tahu pasal ni...kecoh jadinya."

"Kau tak sihat, betul ke...ok je aku tengok."

"Er..."

Wednesday, February 10, 2010

...3

Lontaran suara dari bibirmu, memecah hening taman, taman syurgawi, pada sebuah hati yang sepi....

Alunan dari Harmoni menerusi MP3 memberi kesan mendalam pada jiwa seorang Johan. Terasa pedih yang menikam. Mug kopi dan mangkuk mee segera ditatap kosong. Hati Julia sudah mati. Hatinya semakin sakit.

Ring tone dari telefon bimbitnya memecah lamunan. "Assalamualaikum."

"Wasalam, ewah-ewah... janji tokey pukul 9. Tengok jam pukul berapa? Berpeluh aku tunggu tau tak. Dah dua gelas teh ais aku oder ni."

"Sorry bos, aku tak sihat."

"Dah la, buang karan betul. Kalau ye pun sms la sepatah."

Talian dimatikan serta-merta.

Sekarang Julia dan dia terlalu dekat untuk tidak bertemu. Sakitnya realiti. Perlahan-lahan makan malam dijamah. Tiada rasa. Kopi di hirup. Tiada rasa. Langit ditatap. Tiada makna.
Sedar tak sedar, semuanya kosong. Mangkuk mee segera, gelas kopi, dan fikirannya... kosong belaka. Perut tidak juga kenyang. Penat tidak hilang-hilang.

Telefon berdering lagi. Nombor yang sama tertera di skrin telefonnya.

"Hello bos."

"Eh, kau turun sekejap boleh tak. Jangan jadi manja boleh tak...ini hal jatuh bangun bisnes kau ni tau."

"Kau still kat kedai mamak tu ke." Bertanya dingin.

"Aku kat depan rumah kau ni ha... batu ke apa aku nak duduk sana lama-lama."

"Ok."

Semangat sudah hancur...kenapa dia perlu ada di sini? Longlai Johan menapak. Meninggalkan segala yang kosong di beranda bilik utama. Bilik idaman Julia.

Dari balik langsir, kelibat Dani berbaris mundar-mandir di hadapan pagar rumahnya.

Sunday, February 7, 2010

...2


Pulang dari masjid Johan terus ke dapur membancuh satu mug kopi dan merebus sebungkus Mamee. Sementara menunggu komputer di bilik bacaan dihidupkan, dia menarik pintu kaca bilik tidurnya.

Perlahan-lahan dia menatang mangkuk mee segera dan satu mug besar kopi menuju ke balkoni. Malam terang. Tiada angin. Bintang bertaburan. Tiada awan. Proposal yang terkepit di celah lengan melurut jatuh ke kerusi sebelah. Johan sendiri.

Rumah banglo ini dibeli tujuh tahun lalu melalui seorang rakan yang bekerja di sebuah bank, untuk Julia. Perabotnya juga hampir sebaya dengan usia rumah bercat putih ini. Tetapi hari ini Johan sendirian. Hari-hari yang lain sebelum itu juga, dia sendirian bertemankan bayangan Julia.

Ya, Johan bersosial. Ke padang golf, menghadiri party rakan, ke Go Cart...lepak kedai mamak...tapi hati Johan di rumah ini.

"Apa kau bergayut dengan Julia sampai beribu-ribu bil telefon abah?"

"Nak buat macamana bah, dah abah juga tak bagi Han balik."

Abah bertemu Johan di Manchester, pada musim sejuk. Yakin anakandanya sihat walafiat, terus tarik kertas keluar dari seluar roman, bil telefon. Mula merungut-rungut.

"Tau la tunang, tapi boleh tak kontrol expenses sikit. Ni nak extent berapa tahun lagi? Kalau dah main-main macam ni. Abah bukan cop duit tau." Menutup komunikasi dingin dengan sebuah sindiran pedas.


Kenangan dilepas ke langit luas. Suara manja Julia tidak pernah berhenti mengusik rentak normal jantungnya. Tidak pernah berhenti. Dan hari ini, getaran menjadi semakin kuat.

...1

Beralah tidak bererti kalah kata Hamidi.

Namun itu bukan masalah pokok, bukan soal kalah menang. Bukan soal itu.

"Mungkin dia ada alasan tersendiri Julia...bawa bertenang ok?" Hamidi menjeling sipi sebelum menarik tali pinggang keselamtan.

"Saya berhak tahu ok...saya tunang dia masa tu. Tujuh tahun okay." Julia kelihatannya melepaskan tempias kecewanya kepada alam. Mereka menarik daun pintu Pesona hampir serentak akan tetapi hentakan kasar dari Julia turut menyentak hati Hamidi.

"Anyway... awak superb."

"What do you mean?" Pandangannya terhala ke arah pintu cermin, Pusat Dagangan Dunia Putera.

"Your presentation was superb, the way you control yourself was superb." Julia seperti tidak mengenali Johan ketika berhadapan dengan bekas tunangnya.

"7 years of tortures, plus years to cure. I immunized by time."

"Unfortunately he does not."

"Oh?"

"Saya lelaki Julia."

"You tak cemburu?"

"Saya realist." Hamidi membetulkan cermin matanya.

"Saya agak surprised, macam awak kenal dia lebih dari saya...well, the way unfortunately-he-does-not."

Hamidi ketawa besar. "Hanya lelaki kenal lelaki."

"Apa-apa sajalah...nak balik HQ?"

"Yup. Barang saya di sana."

"Hantar i pulang saja."

"Ok."

"Kejutkan saya nanti." Julia mengeluh di hujung ayat.

Hamidi membisu. Deretan kenderaan di hadapan dan belakang, bersama jaluran lampu brek berwarna merah bagai alunan lumrah mereka di kota ini. Lebuh Raya Persekutuan bercahaya indah.

***
Masih bencikah dia kepada manusia bernama ini? Tujuh tahun bukan suatu jangka masa yang singkat. Alangkah dia berdoa agar kenangan itu berkubur di mana-mana wilayah dalam hati wanita itu. Pada saat pertembungan empat mata terjadi, Johan seperti dipaku mati oleh senyuman Julia yang entah ikhlas atau yang bagaimana. Lagaknya tenang, seolah bertemu rakan sekerja yang baru.

Siapakah lelaki di sisi perempuan itu? Kekasih? Tunang? Suami? Seharusnya dia berasa lega melihat mereka berdua tetapi mengapa sebaliknya. Hati seperti ditikam lumat. Pedihnya terasa sehingga ke saat ini.

Sikap dingin Julia mematikan niat untuk beramah mesra. Selepas bertahun-tahun menyepi, pertemuan semula memang tidak tersangkakan. Di sini.

" Encik, sila hubungi penolong pengurus bahagian jika mahu apa-apa maklumat berkenaan tender ini. Saya keluar daerah minggu depan." Julia senyum, menghulurkan kad dan membiarkan Hamidi menyambut salamnya.

Beku dan mendatar suaranya.