Tuesday, June 29, 2010

...25

Brek mengejut memberi kesan inersia kepadanya, serentak dengan itu juga memadam kenangan indah musim bunga.

“Wow…” Hamidi menarik nafas lega.

“What?” Johan terpinga-pinga.

“Ada sekor mat rempit nak mampus awal.”

Johan ketawa kecil. “Boleh tahan juga you ni.”

“I ingat you naik roket tak mau turun dah…jauh terbang.”

“Sorry. KL dah banyak berubah.”

“You tak rasa nak kawin lain ke bos.” Hamidi cepat-cepat memancing fokus Johan.

“ Dah ada mem besar sorang kat rumah tu. Queen control tau, nampak je bilis. Lagi pun ada ke orang pandang duda.”

“Duda pun masih remaja. Prince charming, ada harta, ada rupa. Tak usahlah nak merendah diri. Mana ada orang tak pandang, you tu yang sombong sangat. What about Julia?”

Johan berpaling sekilas cuba menangkap maksud di sebalik pertanyaan itu. “Ish, dia bakal tunang you…you ni sengaja nak menangguk di air keruh agaknya Di. Jangan Di.”

“Bukan I saja saja nak menduga, I nak sedapkan hati saja, sekurang-kurangnya I deal dengan orang normal.”

Johan senyum lebar. Rambut yang melurut jatuh ke dahinya dibiarkan saja. “Is it man to man talk?”

“Yes.”

“No hard feeling?”

“No.”

“Apa you fikir I dapat lupakan begitu saja after years of special relationship, plus she is my cousin.”

Bungkam beberapa ketika.

“Tapi you masih ada peluang Johan.”

“I don’t want to create chances. Chance creates troublesome. She never gives me chance anyway.”

“That is because she…”

“She never loves me, the way I am.”

“You wrong.”

“Her love is not up to my expectation.” Suara Johan agak keras. Kejam melontar tuduhan dalam suara yang beku.

Hamidi agak terperanjat apabila dihidangkan dengan kenyataan itu. Bukan agak, tetapi amat. Amat terperanjat.

“Lupakan saja Di, sesuatu yang kita suka itu tak semestinya yang terbaik untuk kita. Mungkin juga I bukan yang terbaik untuk dia.”

“Tapi you tak ada dendam dengan Julia kan?”

“Tak.”

“You still love her kan?”

“In fact, yes.”

“I keliru.”

Johan menepuk bahu Hamidi… “Dia sepupu I Di, dia pernah menjadi tunang I, kad-kad cinta, sms sayang, dan segala kenangan sepasang kekasih pernah kami rasai tapi sayang dia bukan isteri I.”

“Isteri you tentu insan istimewa.”

“Paling istimewa buat I. Walaupun kami hanya bersama selama sekelip mata. Dia ibu kepada anak I, kenapa dia tidak layak untuk menjadi insan istimewa dalam hidup I.”

Dengan itu Hamidi diam. Lelaki di sisinya ini baru berusia 26 tahun tetapi kenapa berbicara seperti keramat. Johan kembali mengintai ke luar jendela. Julia, bukan senang untuk membina nisan kepada sejarah mereka berdua. Bukan senang.

Gema di dewan futsal dengan dentuman hentakan bola, gemerincing geseran kasut serta suara suara manusia yang bersorakan agak mengganggu dialog mereka. Hamidi mencari-cari teman-teman yang lain, Johan hanya menurut. Walaupun dewan itu luas dan berhawa dingin tapi Johan cepat menyedari aturan nafasnya tidak setenang tadi.

“Hoi!” Satu suara nyaring mencuit perhatian Hamidi. Sesaat mereka dikerumuni sekumpulan insan yang sesetengahnya cukup Johan kenal.

“La… Bos.” Budak pejabat abah. Mereka bersalaman. “Ini bos aku.” Dia pula yang beria-ia memperkenalkan kepada yang lain. Johan senyum, membalas salam mereka. Namun Hamidi sedar, Johan kembali menjadi pemerhati kepada suasana. Huluran tangan teman-teman wanita ditolak sopan. “Kitorang di court hujung.” Johan menepuk bahu Syed mesra. Hamidi membiarkan Johan di kelompok itu.

Hamidi sedar kehadiran ahli baru yang hadir bersamanya itu menarik perhatian wanita wanita lincah di arena. Dengan T-shirt biru laut dan jeans lusuh, selipar jepun, lengan yang berurat timbul, jari yang meruncing, wajah tidak berperasaan yang langsung tidak menoleh kiri dan kanan. Johan seperti anak muda biasa yang tidak punya status. Gila. Mata gadis sekarang langsung tidak terjaga.

“Syed, tak payahlah nak jaja I ni bos you.” Johan merapat ke telinga Syed. Berbisik. Syed tersengih-sengih, sebenarnya dia berasa bangga. Seorang budak pejabat di syarikat besar yang amat jarang masuk ke bilik CEO, tiba-tiba berada di sisi anak seorang ahli konglomerat tersohor. Johan ketika di pejabat, hanya terperuk di bilik dan jika menapak keluar, akan diiringi oleh beberapa orang yang berpangkat besar juga. Biah dan Kamilah selalu tidak puas hati dengan CEO muda ini. Banyak yang tidak kena kalau diberi tugasan, tidak reti senyum apatah lagi berterima kasih. Syed cuma tumpang dengar.

“Bos, join lah. Department kitorang nak kena lawan minggu depan.”

“Syed. Wow…sapa ni.” Seseorang menegurnya. “Orang baru.”

“Err.”

“Kawan pejabat.” Johan memintas, menghulur salam. Johan memotong pantas. Jika tidak syed akan teruja untuk menyebut CEO. Syed pucat. Kawan pejabat. Hati Syed mahu meletup, tapi terasa berbunga-bunga. ‘Aku berkawan dengan CEO.’

No comments:

Post a Comment