Wednesday, June 9, 2010

...21

Hamidi mengerling jam di pergelangan tangan kiri setelah menyedari kelibat seorang anak muda di seberang jalan. Dia senyum sendiri. Ketepatan lambang keseriusan. Dari jauh Johan seperti seorang teruna yang masih belum kenal hidup. Tiada siapa akan menyangka bakal rakan kongsi itu sudah punya anak berusia lima tahun. Johan serius, dan keseriusan itu mematangkannya sebelum usia.

"Wow, jem teruk. Assalamualaikum." Dari jauh Johan mengangkat tangan. Hamidi bangun membalas salam. Sepatutnya Johan menjadi 'musuh' peribadi dalam soal Julia, tetapi anak muda itu punya daya tersendiri untuk memaut insan-insan yang berkepentingan dalam hidupnya.

"Masih tepat."

Johan ketawa kecil. Sampul surat bersaiz A4 dihempas ke meja lipat empat segi sama. Dia mengibas perlahan kolar baju, membenarkan udara masuk. Peluh masih tidak kering. "Uncle, teh ais satu. You dah order Di?"

"Dah. Itu ke proposalnya." Hamidi memuncungkan mulut kearah sampul surat putih di tengah-tengah meja.

"Yup..." Johan merapatkan sampul itu kepadanya. "You study dulu, if interested kita bincang lagi. I tak masak pasal ladang. I pakai hentam kromo...projek dah jalan tapi kelam kelibut."

"Bapa you punya projek dah tak cukup nyiru nak tadah...ada hati nak tala ke lain." Hamidi membidas tetapi tetap disambut dengan tawa kecil.

"Nampak macam tamak ye tak?" Johan menjampuk nakal. Meja di restoren mamak semakin penuh. Kelihatan Johan agak tidak selesa. "Sebenarnya ada cerita di sebalik kisah kompeni tak ada kelas ni. Abah tak tau lagi pasal ni. Ada masa i cerita nanti. I tak pasti Julia nak involve atau tak. Dia tak dapat datang hari ni kenapa?"

"Apa lagi... kejar date line. Macam you tak tau ex you tu kerjanya last minute."

"Tapi selalu menjadi ye tak?" Dua gelas teh ais disambut sopan. Sebolehnya dia tidak mahu mengganggu konsentrasi Hamidi yang mula membelek helaian pertama proposal sulung syarikat kecilnya. Gelas Hamidi diletak ke tepi.

"Hai Johan!"

"Oh hai..."Johan dipagut debar. Sepasang mata Hamidi terangkat memandang lelaki cina yang separuh beruban. Johan bangun menyambut. Lelaki itu terus menarik kerusi, bersalaman dengan Hamidi dan memesan segelas teh ais juga. " Buat apa kat area ni." Johan tersengih-sengih. Perangai keanakannya muncul saat dia serba salah.

"Rumah i area ni. Lama tak ke Gleneagles...rasa sihat lah tu. Harap I tak mengganggu you all."

"No its okay."

"Doktor kerja di Gleneagles kah?" Hamidi menjampuk. Dia mula merasakan sesuatu dan sesuatu itu menjentik rasa ingin tahunya dalam diam.

"Saya Dr.Lim.Baru 2 tahun di swasta, lepas pencen kerajaan. Sibuk betul orang bisnes ni, sekali sekala tak payah la fikir kerja, releks, inikan lepas waktu pejabat..."

Hamidi ketawa kecil. "Tak ada sibuk benar pun doktor. Kami borak borak ringan saja."

"Oh...Medical report you dah keluar, esok hopefully you boleh drop by dekat office I. Ada something yang I kena discuss dengan you. Oh God... watch out your diet." Dahi doktor tua itu berkerut melihat teh ais yang hampir kontang dalam gelas saiz besar.

Johan mengangkat ke dua belah tangan, menyerah kalah serta berdoa agar isu itu tidak diperpanjangkan. "Oh...anak doktor dari Jepun khabarnya dah balik..."

Dan ketegangan pada wajah doktor itu mula kendur, diganti dengan senyuman nipis. " Balik dengan cucu sulung." Lalu dia bercerita soal cucu sulung yang lahir diperkampungan Jepun itu. Johan pun menarik nafas lega. Segalanya diperhatikan Hamidi. Hamidi juga menarik nafas, dalam dan panjang. Bekas tunang Julia ini, agak misteri.

No comments:

Post a Comment