Tuesday, March 2, 2010

...11


"What are you doing here."

Johan terkejut. Kepalanya terhantuk tiang tangga. Hingar bunyi-bunyian keras dari bawah sayup kedengaran dari tempat 'ibadat'nya ini. Atas sebuah loteng stor simpanan barang lama kolejnya.

"And you. What are you doing here." Johan mengeraskan suara. Menguatkan semangat. Loteng ini gelap. Ada sebuah jendela cermin yang tertutup bersaiz 120 cm x 120 cm, namun jumlah cahaya yang menerobos masuk tidak cukup untuk menghilangkan suasanan gelap loteng itu. Dari jendela itu, susunan pokok yang hanya tinggal ranting beralaskan dedaunan warna oren kelihatan amat indah. Kalau tidak kerana curi-curi masuk ke ruangan ini dan menghendap keluar ke laman itu, mungkin selamanya dia tidak akan sedar betapa harmoninya kolej tua 'kesayangan' ayahanda dan alam sekitarnya.

Susan, rakan sekelas yang suka berimej 'gothic' terpacak keras di hadapannya. Bibir hitam, keliling mata hitam, anting-anting di hidung dan bibir. Rambut perang dicat hitam. Stokin panjang petak-petak dam, kasut, baju, skirt paras paha, semua hitam. "This is my place. Now get out. You nerd." Gadis itu menjeling dengan ekor mata yang tebal bercalit celak. Tak ubah macam hantu.

Johan merengus geram. Berseriau juga bila teringat peristiwa melihat Susan memuja kepala binatang dalam makmal kolej semasa malam dia tertinggal kaca matanya.

Johan ke tingkat bawah, suasana liar begini merimaskan. Manusia dari asia hanya lima orang. termasuk dia. Mata Johan melingas mencari teman namun tidak kelihatan. Semua terkinja-kinja mengikut rentak muzik. Tidak lama, dia sudah berada di luar kawasan kolej.

"Abah! Now your turn."

Lamunan terputus begitu sahaja. Maryam sudah comel berpakaian dan dia masih berbalut baju siang tadi.

"Abah rindu mommy?"

Johan senyum.

No comments:

Post a Comment