Wednesday, March 3, 2010

...14

-204, En. Johan.

Di sana Johan, di sini Johan. Budak Pejabat Johan juga. Jiran rumah sebelah pun Johan. Mana mahu lari. Perkataan itu sinonim sungguh dengan kehidupannya. Tak ada pula nama Hamidi merata-rata. Sekurang-kurangnya sebagai pencucuh semangat untuk belajar menyayangi lelaki itu.

Kaki melekat tepat di hadapan pintu bilik. Sebelum pintu diketuk dia meneliti semula dokumen yang terkepit dilengannya.

"Aunty." Suara halus dari bawah menyentak konsentrasi Julia. Julia memandang tepat anak itu. Muka Julia berubah.

"204?"

"Yes. Come in please." Tangannya menjinjing sarapan pagi.

Daun pintu ditolak Maryam. Kaki terpaku keras di situ. "Masuklah aunty. Abah dalam bilik air." Tangan mula sejuk. Dalam beribu-ribu Johan, Johan ini paling di'takuti' Julia.

"Tak elok. Pesan aunty tunggu dekat kolam."

"Wait a second."

Sebentar kemudian anak itu keluar. "Abah said it's ok you come in, Maryam won't go anywhere. Abah vomits all night long, he can't help himself going outside." Suaranya kedengaran amat mendayu.

"Oh." Kakinya mula menapak. Kenapa dia tidak batalkan saja? aish...

Maryam menyelak tirai pintu kaca...debur ombak mengiringi debaran hati Julia. Sungguh dia tidak bersedia untuk pertemuan kali ini. Tidak seperti ketika sesi pembentangan kertas kerja dahulu. Sungguh dia tidak tahu Johan ini, Johannya.

Bunyi air masih kedengaran, Maryam senyum comel lalu bergerak ke arah bilik air. "Abah, you vomit again? Your friend is here."

"One minute."

Julia menarik nafas dalam. Pintu terbuka, hati Julia tersentap.

Maryam memeluk lengan Johan, yang kelihatan amat terhidrat. " Excuse me." Suara lelaki itu menggeletar dan agak garau. Julia bungkam, wajahnya pucat sepucat Johan. "Duduklah Julia. I'm sorry you have to see me like this."

Julia duduk. Seperti telah diprogram Johan. Maryam pula seperti memahami kerja bapanya mula mengasingkan diri, memanjat katil bersaiz 'queen' dan menghala alat kawalan jauh ke arah televisyen.

"Do you have your breakfast Maryam."

"Not yet."

"Please do, it's okay without me honey. I have a small discussion with aunty. Maryam salam aunty tak tadi? "

Maryam menggeleng.

"Salam first."

Maryam menurut.

Julia memerhati segala. Mata terasa panas, dia mengerlip beberapa kali. Kemudian satu senyuman diukir kepada Maryam.






No comments:

Post a Comment