Thursday, March 4, 2010

...15

"Ok, saya cuba seringkas mungkin." Dari hujung mata Julia, dia mencuri pandang gerak tangan Johan yang sedang menyarung cermin mata, sekarang sudah 'stylo'. Kemudian tangan itu juga mengurut-ngurut pelipis keningnya. Barangkali cuba untuk fokus.

Pintu kaca ditutup kemas, untuk mengelakkan kertas-kertas diterbangkan angin. Baru Julia sedar, kabinet dan meja bersepah dengan kertas dan komputer riba terpasang di atas lantai beralas permaidani nipis resort ini.

"Sorry, I let Maryam guna laptop while i was doing my work last night."

"Maryam tak tidur?" Julia agak terkejut. Johan kaget.

"Meaning, err yes. No, dia tidur tapi tidak lena. My fault...anyway mana sebut harga tu?"

"Oh." Dia sudah tenggelam dengan dirinya sendiri. Julia kelam kabut. "Setiap item ada lampiran sebut harga di belakang. Chopper kami ada dua saranan, samada buatan Jepun atau US. Dalam fail tu, ada 5 item yang Han minta beserta spec dan harga."

"Thanks." Johan seperti cuba mengawal tangannya supaya tidak terlalu gementar. Sekejap sekejap dia beralih posisi. Dia membelek satu persatu. "Saya minta maaf lah Julia kalau awak rasa tak selesa. kalau setakat kita berdua tak perlu susah-susah kita fly. Sebenarnya, plan asalnya saya nak Julia brief kepada orang yang bertanggungjawab urus site. Biar mereka puas hati sebab mesin-mesin ni semua mereka yang akan guna." Johan berhenti di situ, cuba mengawal nafas yang semakin tidak teratur.

"Awak ok?" Julia bertanya balas. Maryam sibuk dengan rancangan televisyen, di tangannya roti bakar mentega madu.

"Julia tunggu saya di cafe please. I think I need refreshment. Boleh bawa Maryam sekali?"

"Oh..." Bawa Maryam? Tuhan... 7 tahun itu seperti tidak wujud. Johan ingat Julia tidak punya hati mungkin? Dalam diam dia memberontak, namun begitu dia akur.

Johan cepat-cepat menutup pintu, lantas menghumbankan tubuhnya ke atas katil bercadar putih. "God...help me please..." Kepala bagai mahu pecah, perut masuk angin. Dan Maryam tiada pengasuh di sini. Tengahari pula dia perlu ke tapak yang mengambil masa kira-kira 2 jam dari tempat penginapan. Suhu badannya naik ke 39 celcius. Dan Julia, Julia terpaksa berbincang dengannya dalam keadaan begini!





No comments:

Post a Comment