Monday, March 8, 2010

...17

"Abah make sure hitam putih tau bah."

"Kau ni nak bertunang ke kawin. Tak menyempat nyempat. Belajar elok-elok kat sana, tau lah orang tua di sini ejas."

Tak habis telefon abah, dia dail semula nombor Julia. "Ayah, Julia ada yah..."

"Sudah la tu... lewat malam ni." Bekas bakal mentuanya menjawab dalam tawa. "Julia tu esok nak kena turun pagi. Ayah nak kena ke laut."

"Ok lah... rindunya nak turun laut."

"Lepas ni nak ke laut hari-hari pun tak ada siapa nak larang. Kau tu kat tempat orang jaga diri elok-elok. Cepat habis cepat boleh balik. Dah, ayah nak tidur ni. Julia tu nanti ayah kirimkan salam je."

"Kirim yang special sikit ayah. Tak mau yang biasa biasa."

Ayah ketawa. "Penat aku ikut darah muda kamu."

Teringatkan Julia, Johan masih mampu bertahan namun bila memori mengimbas wajah arwah ayah Johan mengalah. Dia bencikan kenangan bersama Julia, kerana dia terlalu lemah untuk tidak menangis. Dari kecil dia membesar dengan Julia, makan sepinggan, dari tangan ibu yang sama.

Johan tunggu Julia pulang dari tadika Kemas, lepas makan mereka dipaksa tidur tengahari, berkongsi bantal busuk. Main ting-ting sama-sama, Julia ke dapur Johan ke dapur. Julia ke jeti, Johan ke jeti. Ayah cuma menggeleng kepala.

Semuanya menghiris. Darah mengalir sehingga ke hari ini.

Sebagai penamat antara kisah hidupnya dan Julia, ayah menghadiahkan pelukan erat padanya, Ayah menerima dia, seadanya dia. Bukan seperti abah, yang menyinga dan hampir pitam kerana serangan jantungnya. "Kau ni aku dah agak... aku dah agak dah...kau ingat hal ni main-main ke? Banyak dah habis. Tempah sana sini. Malu aku tau tak?!" Tak puas berdiri dia duduk. Sudah dua gelas air kosong diteguknya. "Kenapa tiba-tiba nak putuskan pula ni. Cakap!" Buku lima menghempas meja, gelas kosong tumbang berdecing. Johan tunduk.

Namun ayah dengan sabar bangun memaut bahunya. Ayah memeluk Johan, tidak bersuara. Siapa bapanya ketika itu Johan menjadi keliru. Walaubagaimana pun Johan membalas pelukan itu erat, kemas dan air matanya mula gugur.

"Sudah la tu Din..." Johan masih dipeluknya.

"Sudah apanya Li...kau tak tengok ke Julia macamana. Aku malu tau tak dengan kamu berdua. Jangan nak dibela-bela anak tak kenang budi ni."

"Din. Dia dengan aku dari kecik. Julia anak aku, dia pun anak aku. Sudah."

Suara ayah segar sehingga kini. Johan sesak.

"Abah. You crying."

"No i am not. This is high fever, very high fever, too hot inside ...so that the tears come out. See my nose redden."

"Owh..."








No comments:

Post a Comment