Tuesday, March 2, 2010

...12

Julia sedang menghadap sarapan paginya ketika telefon berbunyi. Segalanya siap untuk ke Balai Raya, dokumen penting ialah senarai sebut harga dan spesifikasi produk yang diwakilinya.

"Ya encik, kereta dah siap?"

Mendengar penerangan panjang lebar melalui telefon banyak menjejaskan tumpuan terhadap nasi dagang istimewa Sri Malaysia. "Oh... tapi tengahari saya ada program di Kuala Terengganu."

Empunya suara di hujung talian menjelaskan semula untuk kali kedua disertakan dengan ucapan maaf, juga rayuan. Julia menguis-nguis butiran nasi seakan pulut. Dia rindu nasi dagang... dan kenangan.

"Minta tolong la cik Julia. Minta tunda program tengahari. Harapan orang kampung kita ni tinggi."

Julia menelan kunyahan terakhir. "Oklah, saya cuba ke sana. Tapi masih perlukan kereta."

Tertanya-tanya perihal tauke yang bertanggungjawab atas periuk nasi penduduk kampung itu. Begitu tinggi harapan mereka. Langsung tidak boleh ditunda-tunda. Teruk sangatkah sakitnya hingga terpaksa meruntuhkan harapan warga jawatankuasa kampung itu. Julia senyum nipis, elok juga dipercepatkan, syarikat tempat dia bekerja juga menaruh harapan tinggi kepada hasil pertemuan hari ini.

Cepat-cepat dia menghabiskan sisa nasi dagang. Langkahnya terus ke ruang lobi Hotel Sri Malaysia.




No comments:

Post a Comment