Sunday, February 7, 2010

...1

Beralah tidak bererti kalah kata Hamidi.

Namun itu bukan masalah pokok, bukan soal kalah menang. Bukan soal itu.

"Mungkin dia ada alasan tersendiri Julia...bawa bertenang ok?" Hamidi menjeling sipi sebelum menarik tali pinggang keselamtan.

"Saya berhak tahu ok...saya tunang dia masa tu. Tujuh tahun okay." Julia kelihatannya melepaskan tempias kecewanya kepada alam. Mereka menarik daun pintu Pesona hampir serentak akan tetapi hentakan kasar dari Julia turut menyentak hati Hamidi.

"Anyway... awak superb."

"What do you mean?" Pandangannya terhala ke arah pintu cermin, Pusat Dagangan Dunia Putera.

"Your presentation was superb, the way you control yourself was superb." Julia seperti tidak mengenali Johan ketika berhadapan dengan bekas tunangnya.

"7 years of tortures, plus years to cure. I immunized by time."

"Unfortunately he does not."

"Oh?"

"Saya lelaki Julia."

"You tak cemburu?"

"Saya realist." Hamidi membetulkan cermin matanya.

"Saya agak surprised, macam awak kenal dia lebih dari saya...well, the way unfortunately-he-does-not."

Hamidi ketawa besar. "Hanya lelaki kenal lelaki."

"Apa-apa sajalah...nak balik HQ?"

"Yup. Barang saya di sana."

"Hantar i pulang saja."

"Ok."

"Kejutkan saya nanti." Julia mengeluh di hujung ayat.

Hamidi membisu. Deretan kenderaan di hadapan dan belakang, bersama jaluran lampu brek berwarna merah bagai alunan lumrah mereka di kota ini. Lebuh Raya Persekutuan bercahaya indah.

***
Masih bencikah dia kepada manusia bernama ini? Tujuh tahun bukan suatu jangka masa yang singkat. Alangkah dia berdoa agar kenangan itu berkubur di mana-mana wilayah dalam hati wanita itu. Pada saat pertembungan empat mata terjadi, Johan seperti dipaku mati oleh senyuman Julia yang entah ikhlas atau yang bagaimana. Lagaknya tenang, seolah bertemu rakan sekerja yang baru.

Siapakah lelaki di sisi perempuan itu? Kekasih? Tunang? Suami? Seharusnya dia berasa lega melihat mereka berdua tetapi mengapa sebaliknya. Hati seperti ditikam lumat. Pedihnya terasa sehingga ke saat ini.

Sikap dingin Julia mematikan niat untuk beramah mesra. Selepas bertahun-tahun menyepi, pertemuan semula memang tidak tersangkakan. Di sini.

" Encik, sila hubungi penolong pengurus bahagian jika mahu apa-apa maklumat berkenaan tender ini. Saya keluar daerah minggu depan." Julia senyum, menghulurkan kad dan membiarkan Hamidi menyambut salamnya.

Beku dan mendatar suaranya.















No comments:

Post a Comment