Wednesday, February 10, 2010

...3

Lontaran suara dari bibirmu, memecah hening taman, taman syurgawi, pada sebuah hati yang sepi....

Alunan dari Harmoni menerusi MP3 memberi kesan mendalam pada jiwa seorang Johan. Terasa pedih yang menikam. Mug kopi dan mangkuk mee segera ditatap kosong. Hati Julia sudah mati. Hatinya semakin sakit.

Ring tone dari telefon bimbitnya memecah lamunan. "Assalamualaikum."

"Wasalam, ewah-ewah... janji tokey pukul 9. Tengok jam pukul berapa? Berpeluh aku tunggu tau tak. Dah dua gelas teh ais aku oder ni."

"Sorry bos, aku tak sihat."

"Dah la, buang karan betul. Kalau ye pun sms la sepatah."

Talian dimatikan serta-merta.

Sekarang Julia dan dia terlalu dekat untuk tidak bertemu. Sakitnya realiti. Perlahan-lahan makan malam dijamah. Tiada rasa. Kopi di hirup. Tiada rasa. Langit ditatap. Tiada makna.
Sedar tak sedar, semuanya kosong. Mangkuk mee segera, gelas kopi, dan fikirannya... kosong belaka. Perut tidak juga kenyang. Penat tidak hilang-hilang.

Telefon berdering lagi. Nombor yang sama tertera di skrin telefonnya.

"Hello bos."

"Eh, kau turun sekejap boleh tak. Jangan jadi manja boleh tak...ini hal jatuh bangun bisnes kau ni tau."

"Kau still kat kedai mamak tu ke." Bertanya dingin.

"Aku kat depan rumah kau ni ha... batu ke apa aku nak duduk sana lama-lama."

"Ok."

Semangat sudah hancur...kenapa dia perlu ada di sini? Longlai Johan menapak. Meninggalkan segala yang kosong di beranda bilik utama. Bilik idaman Julia.

Dari balik langsir, kelibat Dani berbaris mundar-mandir di hadapan pagar rumahnya.

No comments:

Post a Comment