Monday, December 6, 2021

Sinopsis Mini Novella Simfoni Bayu Semalam

     Johan kembali ke tanah air membawa kemelut emosi yang terpendam. Usia di awal 20-an, dia terlihat tenang dan matang, hakikatnya jiwa anak muda itu pernah lemas dihanyutkan kenangan.

    Melamar seorang yang sangat asing atas nama menyelamatkan nyawa, Johan terpaksa melepaskan suatu tuntutan janji yang telah dipateri sejak sekian lama. Demi takdir yang tertulis, dia rela menggenggam bara lantaran prejudis pandangan manusia.  

    Ujian menjadikannya matang berbanding usia, tenang menatang gelora dan pasrah mendepani segala.



*******************************************************************************


    

    Saya terpesona dengan akhlak seorang anak muda yang digambarkan Susan. Terdetik di hati untuk menyayangi lelaki itu, seperti mana dia menyayangi setiap wanita yang pernah hadir dalam ruang hidupnya.’ Hati Suraya bersuara dalam diam.


    Johan di sisi Susan tanpa keluhan, mengendong Maryam dengan kasih sayang, mengenang Julia dalam kenangan. 

    

    Aku ingin mencontohi lelaki itu yang ikhlas menebarkan cinta, murni keranaNYA.


No comments:

Post a Comment