Saya menulis sejak di bangku sekolah.
Sangat suka menulis.
Mungkin kerana emak saya seorang guru Bahasa Malaysia.
Di sekolah rendah,
Sela waktu luang saya suka salin cerita terutamanya dalam Siri Penyiasat Lima Sekawan. Buku latihan kosong saya jadikan medan menulis.
Darjah enam, emak hadiahkan saya novel pertama tajuk AMIRAH.
Saya menulis hanya kerana saya suka,
Sedar tak sedar sudah tiga buah novel terperam
Sajak-sajak Inggeris dan melayu
Dan beberapa buah cerpen
Tiada pencapaian.
Hanya sekali hantar di majalah sekolah AlNur- tajuk lupa
dan satu hantar dan diterima oleh Penulisan2u.com. Diari Cinta/biru? ceritanya tak panjang dan komen paling saya ingat masa tu ialah 'kenapa tiba-tiba macam baca cerita dalam utusan melayu-
Cerpen yang paling saya ingat ialah DJ Suhaimi dan Sebelum Terbit Mentari.
Tiada peminat.
Titik.
-Menulis bukan kerana nama-
No comments:
Post a Comment