Wednesday, July 7, 2010

...27

"Bos, saya nak kena salin baju dulu. Tak selesa." Syed segan. Tersipu-sipu dan berhati-hati, bimbang tersalah laku.

"Oh. Ok. Surau ada tak area ni?"

"Eh, di restroom tu juga. Jom lah."

Lalu mereka beriringan. "Lambat lagi agaknya nak balik diorang tu." Johan cuba mengendurkan ketegangan. Merapatkan jurang.

"Malam minggu ni kalau tak rapat ke pagi tak sah bos."

"Oh." Johan terkelip-kelip, tapak tangan terjelepuk ke dahi. Dia hampir lupa malam ini malam Sabtu.

"Saya mandi sekejap."

"Ok. Mandi cepat, saya tunggu solat sama."

"Err...err." Syed cuma mampu mengangguk. Sebenarnya dalam sehari tidak pernah dia berkira-kira soal solat. Maghrib tadipun di'kantoi'kannya juga. Mahu menolak tawaran kudus itu, dia berasa gerun. Perasaannya agak sukar ditafsir bila matanya meraut wajah yang tersirat seribu satu tafsiran di hadapannya ini. Dingin tetapi hangat. Bagaimanakah itu?

"Awak di bahagian mana Syed?"

"Procurement. Baru enam bulan kerja bos."

Johan mengangguk perlahan. Teh tarik dihirup perlahan. "Tadi kalau tak salah saya awak ada sebut department nak adakan pertandingan futsal."

"Saya dengar kerani-kerani gosip je bos. Tapi katanya tak masuk meeting lagi. Kalau usul ni bos luluskan, jadilah kot." Syed tersenyum lebar.

Johan diam. Mesyuarat yang mana satu Johan tidak pasti. Tapi seingatnya ketikaPA abah laju 'mempersembahkan' jadual minggu depan, dari Isnin sehingga Jumaat, tidak ada sehari pun yang tidak ada mesyuarat. Kenapa lama sangat abah di Filipina?

"Abah dalam setahun dua ni di sana, ummi ikut sekali."

"Lama sangat tu abah. Masalah apanya along tu. Hish..." Johan melempiaskan rasa tidak puas hati. Bukan senang kerja di HQ.

Abah senyap.

"Apa-apa hal telefon abah. Tapi jangan yang remeh temeh pun kau telefon lapor. Agaknya nanti sehari dua tiga kali telefon tanya, apa gunanya CEO lain."

"Kedekut." Johan membidas sinis.

" Hai!? Apa yang kedekut pula."

"Abah takut expenses tinggi, tak larat nak bayar bil."

"Kau yang bagi aku trauma dulu. Tapi jangan semua bangunan dah runtuh baru nak hello."

"Baik bos." Johan ketawa kuat.

"Abah ingat nak bawa Maryam sekali."

"Ish, jangan bah. Intan payung saya tu." Johan resah bila soal itu timbul.

Abah menjeling. Sedaya upaya menimbus peristiwa hitam hasil nukilan anak bongsunya itu. "Hmm... di HQ ni sibuk Han. Kompleks. Jangan diabaikan Maryam tu sudah, kalau tak nanti jadi tak tentu arah macam kau. Macam aku dulu, tak sempat nak tengok anak, di branch tak apa... kerja relek, staf tak ramai. HQ lain." Suaranya tenggelam timbul dicelah kenangan. Seolah menyesali masa lalu. Kenyataannya, Johan membesar di tangan orang lain.

"Thanks abah." Johan senyum, terharu. Tidak ramai abah-abah di dunia sanggup memijak ego demi meminta halal berkenaan amanah kepada anak, abah terkecuali. Johan tunduk mencium tangan, tangan abah yang suatu masa dahulu pernah singgah di pipinya kini membelai ubunnya lembut.

"Aku tau kau kuat, kau bijak. Kau kena lawan dan survive demi Maryam." Pesan abah di bilik mesyuarat yang hening, bergema kuat sehingga saat ini.




Monday, July 5, 2010

Terima kasih

Tak terdaya lagi
Kuharungi hidup ini
Dengan seribu ngeri
Menyakitkan di hati

Tak termampu lagi
Kuratapi nasib diri
Apa yang terjadi kupendam
Hampir mati
sendiri

Mengapa ini harus kutempuhi
Sampai bila kan terhenti
Entah siapa ingin jadi saksi
Hanyalah TUHAN yang mengerti

Maafkan aku
Berpaut di kasihmu
Ku menumpang hanya seketika
Izinkan aku
Sedetik dihatimu
Kerna aku jua manusia

Terima kasih

-Zamani