Sunday, December 12, 2021

Dapatkan di sini

 Untuk memiliki collector's edition  Simfoni Bayu Semalam, boleh klik saja di bawah. 


 Dapatkan di sini 

Friday, December 10, 2021

Budak Lab

 


"AaaaAaa..Aku kena kawin! Kalau aku tak kawin sekarang entah sampai bila-bila pun aku tak kawin." Mina senonong laju menapak masuk ke bilik siswazah. Berdentum bunyi pintu kalis bunyi. Tak menyapa kiri dan kanan dia terus menghadap komputer riba. 


"Hmm, aku dapat bau dah ni... bau nasi minyak." Zairul, yang lama diam di sudut hujung bilik tiba-tiba menjampuk
laju.

"Itu bau nasi minyak kat kedai, nasi minyak aku belum. Calonnya entah la sedang buat apa sekarang tak muncul-muncul lagi ni." 

"Kau dah kenapa?" Senior selang empat buah kubikal menjeling. 

"Media contamn laaa... sampel sel dah tinggal sikit je. Nak kena beranakkan dulu sel line tu lagi sekali. Dah kena tunggu lagi."

"Nasib badannnnn." 


"Ahhh..balik dulu lah. Dah masuk maghrib ni." Komputer ribanya dimatikan. "Jumpa esok. Tu pun kalau aku masuk."



Wednesday, December 8, 2021

OLD SCHOOL!

My first publication book

I,

thought of making them futuristic

thought of making them - E

thought of following others

thought of being catchy and up to date


But 

Let us value our past years

Let us cherish the old moments

reading each phrases on papers

 under the old trees

While snacking super ring and drinking tea-0-beng


Let us recall our beautiful days

Chanting with pages 

And the images 

the author gave us


Let us

going back to 

our old school ways

the way we love

and 

always want to stay


Let make this book ...




OLDSCHOOL!














 



Monday, December 6, 2021

Do the write thing

 Saya menulis sejak di bangku sekolah.

 Sangat suka menulis. 

 Mungkin kerana emak saya seorang guru Bahasa Malaysia.


Di sekolah rendah,

Sela waktu luang saya suka salin cerita terutamanya dalam Siri Penyiasat Lima Sekawan. Buku latihan kosong saya jadikan medan menulis. 

Darjah enam, emak hadiahkan saya novel pertama tajuk AMIRAH. 

Saya menulis hanya kerana saya suka,

Sedar tak sedar sudah tiga buah novel terperam 

Sajak-sajak Inggeris dan melayu

Dan beberapa buah cerpen


Tiada pencapaian.

Hanya sekali hantar di majalah sekolah AlNur- tajuk lupa

dan satu hantar dan diterima oleh Penulisan2u.com. Diari Cinta/biru? ceritanya tak panjang dan komen paling saya ingat masa tu ialah 'kenapa tiba-tiba macam baca cerita dalam utusan melayu-

Cerpen yang paling saya ingat ialah DJ Suhaimi dan Sebelum Terbit Mentari. 


Tiada peminat.

Titik.

-Menulis bukan kerana nama-


Sinopsis Mini Novella Simfoni Bayu Semalam

     Johan kembali ke tanah air membawa kemelut emosi yang terpendam. Usia di awal 20-an, dia terlihat tenang dan matang, hakikatnya jiwa anak muda itu pernah lemas dihanyutkan kenangan.

    Melamar seorang yang sangat asing atas nama menyelamatkan nyawa, Johan terpaksa melepaskan suatu tuntutan janji yang telah dipateri sejak sekian lama. Demi takdir yang tertulis, dia rela menggenggam bara lantaran prejudis pandangan manusia.  

    Ujian menjadikannya matang berbanding usia, tenang menatang gelora dan pasrah mendepani segala.



*******************************************************************************


    

    Saya terpesona dengan akhlak seorang anak muda yang digambarkan Susan. Terdetik di hati untuk menyayangi lelaki itu, seperti mana dia menyayangi setiap wanita yang pernah hadir dalam ruang hidupnya.’ Hati Suraya bersuara dalam diam.


    Johan di sisi Susan tanpa keluhan, mengendong Maryam dengan kasih sayang, mengenang Julia dalam kenangan. 

    

    Aku ingin mencontohi lelaki itu yang ikhlas menebarkan cinta, murni keranaNYA.


Saturday, December 4, 2021

Tinta Penulis


 

Simfoni Bayu Semalam

 

Assalamualaikum selamat petang pembaca budiman ;)


Pertama kali blog ini dibuka adalah kerana sebuah ilham. Ditulis dalam bentuk garapan mentah dan kasar dan jarang disunting. Ya, blog ini hanya lakaran kasar idea penulis.  

In shaa Allah tahun ini ada penyudahnya!

Simfoni Bayu Semalam

Dibukukan dan dilancarkan untuk tujuan koleksi terhad kenang-kenangan.

Berbeza dengan gaya tulisan di blog, bentuk naskah tampil dengan gaya  penulisan serta susunan idea yang lebih kemas.  

Pelancaran pertama dicetak ala zine dengan saiz cetakan A5. 

Jumlah halaman , +-190 m/s, 63divisi.

Harga pasaran: RM25


Terima kasih pembaca yang sabar menunggu setiap bahagian cerita. 

Dapatkan naskah koleksi kenangan dari Jarikumenari di 


https://shopee.com.my/search?keyword=mini%20novella&shop=184657304


dan ketahui kesudahannya.

Akhir sekali, terima kasih!