Wednesday, September 28, 2011

...37


Terbuktilah dia tidak berdaya untuk pasrah sepenuh hati, betapa jahatnya dia. Johan mengecam diri sendiri. Julia juga ingin merasa harmoninya rumahtangga. Kenapa sukar sangat untuknya merelakan, sedangkan dia sudah punya Maryam. Julia juga ingin 'Maryam'nya sendiri bukan?
Johan terlentang dengan kaki menompang bahu sofa, bermonolog. Terngiang-ngiang suara Ummi sebentar tadi. Apa yang sebenarnya dia mahu? Pening!

Memikirkan hal itu sahaja amat memenatkan, nadinya lemah, badannya longlai. Nasi bungkus sudah menjadi dingin, perutnya belum terisi. Pedih. Tetapi, selera hilang entah ke mana. Telefon di atas meja berdering, Johan abaikan. Beberapa saat berlalu deringan itu lenyap. Kali ini telefon di dalam poketnya pula bergetar.

"Hello D, lunch? belum. Ok." Alang-alang orang ajak lunch. Sekurang-kurangnya dengan berteman, ada terbit juga tunas selera.

Hamidi senyum. Julia diam. "Minat sangat dengan Johan la you ni D."

"Kesian tau i tengok dia. Lagipun apa salahnya raikan sama-sama."

1 comment: